Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil mengulas kenyataan ketua hakim negara bahawa beliau perlu dirujuk sebelum siasatan dimulakan terhadap hakim.

PETALING JAYA: Hakim tidak berada di atas undang-undang dan tidak terkecuali daripada prosedur siasatan jenayah sama yang dikenakan terhadap orang lain, kata Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil.
Beliau berkata, pihak berkuasa tidak boleh dipaksa berunding dengan ketua hakim negara terlebih dahulu atau mendapatkan kebenarannya sebelum mengambil tindakan terhadap mana-mana hakim yang disyaki melakukan kesalahan jenayah.
“Hakim tidak ada imuniti atau keistimewaan dalam perkara-perkara jenayah. Tiada orang yang berada di atas undang-undang, termasuklah hakim,” katanya dalam catatan di Facebook.
Jumaat lalu, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dilaporkan berkata, pasukan penyiasat perlu merujuknya terlebih dahulu, sebelum…
