
Kehilangan 12 anak tangga di grid permulaan tidak mematahkan semangat pelumba muda negara Hakim Danish Ramli untuk bangkit mencipta kemenangan sensasi dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.
Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menamatkan penantian selama 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir diraih Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.
Meskipun berjaya meraih petak kedua pada sesi kelayakan semalam, Hakim dikenakan hukuman selepas didapati memperlahankan motosikalnya di salah satu sektor ketika sesi kelayakan kedua (Q2).
Keputusan itu menyaksikan Hakim kehilangan 12 posisi dan terpaksa…