Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hakim mahu dengar kes ubah wang, elak cukai Rosmah pada Februari

today29 November 2022

Background



Rosmah Mansor berdepan tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7.09 juta serta gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa pihak pendakwaan dalam kes Rosmah Mansor berhubung pengubahan wang haram dan pengelakan cukai akan memanggil 13 atau 14 saksi untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata demikian dalam sebutan kes di hadapan Hakim Zaini Mazlan.

“Kami memerlukan masa 12 ke 14 hari untuk membentangkan kes,” katanya.

Dalam maklum balas, Zaini menekankan bahawa kes terbabit sudah tertangguh selama empat tahun di mahkamah.

“Beri kes ini keutamaan, ini kes 2018,” katanya sambil menyatakan mahkamah berhasrat menetapkan tarikh pendengaran pada Februari.

Peguam Revin Kumar yang mewakili Rosmah memberitahu mahkamah beliau perlu mendapatkan arahan seterusnya daripada peguam utama Geethan Ram Vincent berhubung penetapan tarikh bicara.

Mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post