Anak bekas perdana menteri jawab tuduhan pihak yang mempersoalkan pembebasan bapanya.

PETALING JAYA: Nooryana Najib mengingatkan pihak yang mempersoalkan pembebasan bapanya Najib Razak daripada kes meminda laporan audit 1MDB, bahawa hakim yang membebaskan bekas perdana menteri itu adalah hakim yang sama menjatuhkan hukuman ke atas ibunya Rosmah Mansor.
“Hakim yang memberi keputusan (membebaskan Najib) adalah hakim yang sama yang menjatuhkan hukuman atas ibu saya. Beliau membuat keputusan berlandaskan fakta dan tiada unsur politik,” katanya kepada Mingguan Malaysia, edisi Ahad terbitan Utusan Malaysia.
Nooryana ditanya mengenai pandangannya terhadap pihak yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi bapanya.
Hakim Zaini Mazlan mempengerusikan perbicaraan Najib yang dituduh menyalahgunakan kuasa untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan pada…