

Dakwaan gerakan ‘Reset’ semakin berkembang di Sabah dipersoalkan penganalisis, yang melihat hala tuju serta penerimaan di lapangan masih kabur malah berisiko mengulangi kegagalan parti nasional lain di negeri itu.
Bercakap kepada FMT, Arvin Tajari berkata walaupun ‘Reset’ Sabah didukung bekas ahli Bersatu yang menyokong Hamzah Zainudin iaitu pengasasnya, gerakan itu dilihat belum berupaya menampilkan pembawaan jelas sesuai dengan naratif politik tempatan.

“Sentimen menolak parti nasional masih kuat selepas ‘tsunami politik’ Sabah,” kata ahli akademik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) merujuk sentimen ‘Sabah for Sabahan’ yang mendominasi PRN November lalu.
“Jika Reset tidak membawa pendekatan lebih lokal, kemungkinan mengulangi kegagalan PN amat…