Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Halang Isteri Curang Dengan Adik Ipar, Lelaki Maut Dipukul

today5 June 2025

Background
Halang Isteri Curang Dengan Adik Ipar, Lelaki Maut Dipukul


Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah ladang di Kampung Bhairwa, Jaisalmer, selepas dipercayai dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya.

Kantoi jalin hubungan sulit

Mangsa yang dikenali sebagai Hardan Ram, 50, didakwa telah menjadi mangsa pembunuhan kejam selepas menghalang hubungan terlarang antara isterinya, Yashoda, 27, dan adiknya sendiri, Kaluram (adik Hardan).

Menurut laporan NDTV, Yashoda difahamkan telah lama tinggal bersama Kaluram dan mereka didakwa menjalinkan hubungan sulit selama lebih setahun.

Pada Ahad lalu, Hardan yang baru tiba dari Barmer dikatakan bertengkar dengan pasangan terbabit. Pertelingkahan itu berakhir apabila Yashoda dan Kaluram dipercayai memukul Hardan sehingga maut, sebelum mayatnya dibuang di kawasan ladang.

Susulan daripada penemuan mayat tersebut, kedua-dua suspek telah ditahan dan sedang disoal siasat oleh pihak polis.

Sumber: NDTV

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post

Sukan

McIlroy dedah isu ‘pulaukan’ media

Toronto, Kanada: Juara Masters, Rory McIlroy, akhirnya membuka mulut mengenai keengganannya bertemu media sepanjang Kejohanan PGA, sambil mengakui dia tidak berpuas hati dengan cara berita mengenai driver miliknya yang tidak mengikut piawaian dibocorkan kepada umum.

today5 June 2025