Kerap memuat naik gambar di Instagram baru baru ini, peminat mula membuat spekulasi mengatakan Fasha Sandha kini hamil.
Gambar yang dimuatnaik pada 22 Ogos oleh Fasha disedari peminat buat kali pertama, menggambarkan Fasha kini sedang berbadan dua.
Selepas itu, beberapa keping gambar Fasha semakin menguatkan desas desus berita kehamilannya.
Peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.
Namun, Fasha mahu pun Aidil mengambil keputusan untuk tidak memberi reaksi dan terus mengunci mulut terhadap komen-komen peminat, sekaligus mencetus tanda tanya.
Umum mengetahui Fasha pernah keguguran pada Jun lalu.
Kalau benar spekulasi ini, ia menjadi khabar gembira buat pasangan pelakon ini, di mana Fasha sebelum ini sering memberi bayangan mahu menambah bilangan ahli keluarga.
Apa apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Fasha dan Aidil sendiri!