
Di Kampung Jeram Masjid, kehidupan Nazir Lep hari ini berkisar pada perkara mungkin dianggap biasa bagi kebanyakan orang.
Dia membela kambing, lembu serta ayam, mengurus kebun kelapa sawit dan kadangkala membantu saudara ketika musim durian.
Namun, bagi lelaki yang menghabiskan hampir dua dekad di Penjara Guantanamo dikendalikan Tentera Amerika Syarikat (AS) pasca tragedi 9/11, kehidupan biasa itu membawa makna jauh berbeza.
Nazir masih belajar untuk hidup sebagai seorang yang bebas, pada masa sama tidak terlepas dengan pandangan negatif segelintir masyarakat, termasuk ekstremis.
Selepas bertahun-tahun dikelilingi tembok, jeriji dan rutin yang sama, kebebasan baginya bukan sekadar apabila gari dibuka atau pintu sel tidak lagi dikunci.
“Saya keluar daripada penjara kepada ‘penjara lebih besar’,” katanya…