

Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip menerima tambahan kuota 100 liter sebulan di bawah BUDI Diesel, menjadikan jumlah had kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai ini.
Dalam kenyataan, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, ia membabitkan lebih 174,000 warganegara di Semenanjung Malaysia dan lebih 22,000 warganegara di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 4 Julai.
Katanya, tambahan itu dilakukan dengan mengambil kira keperluan penggunaan diesel lebih tinggi dalam kalangan pemilik kenderaan berkenaan.
“Ia termasuk untuk kegunaan perniagaan kecil dan sederhana serta pergerakan ke kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya, lapor Bernama
Dalam pada itu, Menteri Kewangan II…