Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hampir 30 rumah di Gemas rosak akibat ribut

today21 February 2022

Background



Bomba berkata kejadian itu pertama kali berlaku setakat tahun ini dan jumlah kerugian masih dinilai. (Gambar Bomba)

SEREMBAN: Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat Gemas mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian hampir setengah jam bermula 5.30 petang itu mengakibatkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin manakala beberapa kenderaan dihempap pokok.

“Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan hanya empat orang daripada satu keluarga ditempatkan di Kuarters Felda Jelai 1 selepas rumah mereka rosak teruk.

“Ada mangsa yang menumpang di rumah saudara mara untuk sementara waktu dan ada yang tidak berpindah kerana kerosakan dialami tidak teruk selain bimbang penularan Covid-19 sekiranya dipindahkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post