Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hampir 38% keluar mengundi setakat 12 tengah hari

today12 August 2023

Background


Seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

PETALING JAYA: Setakat 12 tengah hari, kira-kira 38% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Setakat ini, Kedah merekodkan 41%, Terengganu (42%), Pulau Pinang (38%), Selangor (36%), Negeri Sembilan (35%), dan Kelantan (34%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 39% keluar mengundi.

Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

Seramai 570 calon, termasuk sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Solari belum fikir kejuaraan liga

Johor Bahru: Rentak kemenangan yang dicipta Johor Darul Ta'zim (JDT) sepanjang 19 perlawanan meletakkan pasukan itu berada di landasan terbaik bagi memburu kejuaraan Liga Super kali ke-10 berturut-turut semakin hampir dinoktahkan.

today12 August 2023