
PETALING JAYA: Kastam mematahkan cubaan menyeludup 84.67kg ganja bernilai lebih RM200,000 ke Malaysia yang ditinggalkan di tepi pantai Simpang Empat, Kangar pada Isnin lalu.
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, sepasukan anggotanya dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis menerima maklumat kegiatan penyeludupan dadah di pesisir pantai Kampung Pulau, Simpang Empat kira-kira 7.30 pagi.
Beliau berkata, anggotanya ternampak sebuah sampan enjin sangkut bergalah dengan dua lelaki atas sampan yang baru selesai meletakkan dua bungkusan berwarna merah jambu di kawasan itu.
“Anggota kastam menunggu dan memeriksa sekitar kawasan itu untuk melihat kelibat orang yang akan mengambil atau menuntut bungkusan berkenaan, namun tiada sesiapa datang.
“Kita nampak sebuah lagi bot dipercayai…