Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi panik selepas tayar keretanya tiba-tiba pecah di atas lebuh raya semasa dia sedang memandu.
Kejadian itu membuatkan dia hampir hilang kawalan dan terus berlalih ke tepi jalan untuk mendapatkan bantuan. Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu hujan sedang lebat.
Namun, sementara menunggu pihak PLUS tiba, datang seorang lelaki yang membantunya menukarkan tayar walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Wanita berkenaan meluahkan rasa syukurnya kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada individu tersebut dan pihak PLUS yang membantunya.