Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hampir separuh skuad dijangkiti influenza, aksi NSFC-KL City ditangguh

today22 August 2026

Background


MFL maklum keputusan tangguh perlawanan Liga Super antara NSFC dan KL City FC dibuat selepas terima permohonan rasmi daripada KL City berhubung keadaan kesihatan pasukannya.
KUALA LUMPUR:

Aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 5 petang ini tidak dapat dilangsungkan selepas hampir separuh pemain skuad warga kota disahkan dijangkiti influenza.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung keadaan kesihatan pemain-pemain mereka.

Menurut MFL, KL City dalam permohonan rasmi menyatakan 15 pemain dan dua pegawai pasukan mengalami simptom demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL.

“Menurut kelab itu, kesemua pemain dan pegawai terbabit akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk rawatan lanjut memandangkan penyakit itu mudah merebak dan memerlukan masa bagi tujuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post