Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Hamzah belum kena buang’, kata pemimpin Bersatu

today9 February 2026

Background


hamzah zainudin
Timbalan Presiden Hamzah Zainudin dipanggil menghadap lembaga disiplin Bersatu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan perhimpunan agung tahunan, dan serangan terhadap Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR:

Hamzah Zainudin masih timbalan presiden Bersatu buat masa ini, menurut seorang wakil rakyat yang menghadiri acara bersama Presiden Muhyiddin Yassin, malam tadi.

“Hamzah belum kena buang lagi,” kata Adun Kota Siputeh, Ashraf Mustaqim Badrul Munir, kepada FMT ketika ditemui di luar kediaman bekas perdana menteri itu di Bukit Damansara.

Lebih 30 wakil rakyat Bersatu dan pemimpin kanan parti berkumpul di rumah Muhyiddin di tengah-tengah pertelingkahan antara kepimpinan yang semakin meruncing.

Antara yang hadir Setiausaha Agung Azmin Ali serta Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Radzi Jidin.

Sumber Bersatu beritahu FMT bahawa hadirin termasuk lebih 20 Adun dari pelbagai negeri, empat Ahli Parlimen serta beberapa ahli majlis pimpinan tertinggi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Alif Hazmi


Previous post

Sukan

Gergasi Merah menang tipis di Paroi

Seremban: Selangor FC (SFC) mendapat bekalan tipis apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC),1-0, dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

today8 February 2026