Bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin berkata pentadbiran Muhyiddin Yasin memfailkan rayuan bertujuan memastikan proses perundangan diteruskan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

PETALING JAYA: Bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mempertahankan keputusan pentadbiran Muhyiddin Yasin memfailkan rayuan di mahkamah berhubung isu kalimah “Allah” pada 2021 sebagai tepat, meskipun rayuan itu kini ditarik balik oleh kerajaan sedia ada.
Beliau berkata keputusan itu bertujuan memastikan proses perundangan diteruskan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, setelah Mahkamah Tinggi ketika itu membenarkan bahan penerbitan agama Kristian di Sarawak menggunakan kalimah Allah secara bersyarat bagi tujuan pembelajaran agama, selepas mendapati terdapat percanggahan antara arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN)…