
Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin mengorak langkah dengan gagasan ‘reset’ bagi memperkukuh Perikatan Nasional (PN) walaupun ada gesaan supaya parti baharu bakal diterajuinya dihalang daripada menyertai gabungan itu.
Wakil rakyat Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkata kepimpinan Hamzah di peringkat nasional kekal relevan, dengan beliau kini turut mengetuai platform Penggerak Payung Melayu yang disertai pelbagai tokoh dan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat.
Dalam tulisan ‘Merentas Ruang’ diterbitkan Sinar Harian, Saifuddin berkata meskipun Hamzah bukan lagi ketua pembangkang, beliau terus memainkan peranan melalui pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak.
Menurutnya, pertemuan itu melibatkan pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional dan akademia,…