
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan tegas polis terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, yang didakwa pagi ini atas dua tuduhan bawah Akta Hasutan.
Hamzah menyifatkan tindakan menyerbu dan menangkap Sanusi pada 3 pagi adalah “perbuatan berlebih-lebihan dan penganiayaan yang sengaja dibuat hanya kerana dendam politik”.
“Apa perlunya menteri besar Kedah dilayan sebegitu rupa?” soal Hamzah, yang juga ketua pembangkang, dalam kenyataan.
“Sedangkan beliau telah pun memohon maaf dalam isu ini dan beliau juga telah menyatakan kesediaan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dengan notis untuk hadir ke mahkamah juga telah diserah terima.”
BERITA LANJUT MENYUSUL