Hot FM

Hamzah lancar ‘reset’ politik bukan demi jawatan, kata Saifuddin


Hamzah Zainudin mengumumkan gerakan ‘reset’ untuk membina semula negara pada perhimpunan 14 Feb lalu, sehari selepas dipecat Bersatu.
PETALING JAYA:

Tawaran Hamzah Zainudin memimpin gerakan ‘reset’ politik selepas dipecat Bersatu, dibuat dengan pertimbangan mendalam bukan kerana cita-cita menjadi pemimpin nombor satu, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata Hamzah tidak pernah memasang impian menjadi presiden parti atau perdana menteri, meskipun latar belakangnya sebagai bekas kapten ragbi, ketua syarikat korporat dan menteri kanan kerajaan.

Saifudin mengaitkan pendirian Hamzah itu dengan hadis Rasulullah SAW yang melarang meminta-minta jawatan, kecuali dalam keadaan tertentu demi kemaslahatan umum.

Saifuddin Abdullah.

Beliau juga membuat perbandingan dengan merujuk kisah Nabi Yusuf yang menawarkan diri mengurus perbendaharaan negara kerana kemampuan dan integriti baginda dalam menghadapi krisis.

“Nabi Yusuf menawarkan diri untuk jawatan bukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version