
PETALING JAYA: Seorang penganalisis berpendapat rancangan meletakkan Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden Bersatu adalah kerana parti itu memerlukan tokoh selain Muhyiddin Yassin yang berdepan tekanan sekutunya PAS dalam Perikatan Nasional (PN).
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata pengalaman luas Hamzah dalam politik serta pentadbiran kerajaan selain memegang jawatan ketua pembangkang mampu mengekalkan kedudukan Bersatu sebagai peneraju PN walaupun PAS memiliki kerusi terbanyak.
Menurutnya, aura Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan presiden tidak menonjol berbanding Hamzah yang dilantik mengetuai blok pembangkang di Parlimen sedangkan Muhyiddin adalah pengerusi PN.
“Hamzah dilantik ketua pembangkang untuk dilatih ganti Muhyiddin, jadi tak memeranjatkan bila ada cadangan naikkan…