

Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pengasas Bersatu Redzuan Yusof berhubung dakwaan beliau menggerakkan enam Ahli Parlimen parti itu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2023.
Saman itu difailkan Hamzah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Jan lalu menerusi Tetuan Siddiq Azani & Co dengan menamakan Redzuan selaku defendan.
Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan diperoleh FMT, Hamzah selaku plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk dan teladan, faedah serta kos.
Beliau juga menuntut Redzuan menarik balik kenyataan selain memohon maaf terbuka tanpa syarat melalui media elektronik dan akhbar harian berbahasa Melayu, mengikut terma dipersetujui pihaknya.
Hamzah mendakwa Redzuan gagal memohon maaf berhubung kenyataannya diterbitkan di Berita Harian pada 5 Nov 2025 yang dianggap…