
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana menyindir kempen pilihan raya gabungan pembangkang itu dibiayai syarikat perjudian.
Hamzah yang menyifatkannya “berita palsu” berkata, Anwar tidak patut mewujudkan persepsi negatif terhadap PN.
Katanya, Anwar patut mengambil tindakan jika terdapat sebarang salah laku.
Beliau berkata, sebagai menteri kewangan, Anwar tidak patut mencemarkan imej kerajaan terdahulu.
“Anda perdana menteri sekarang, bukan ketua pembangkang lagi.
“Sayalah ketua pembangkang. Jangan buat tuduhan semberono lagi. Tiada lagi berita palsu daripada anda,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.
Awal bulan ini, Anwar dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat “pelanggaran” serius dalam…