Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Hancur Rumah Aku” – Individu Luah Rasa Sedih Lihat Keadaan Rumah Selepas Diceroboh Monyet

today15 April 2025

Background


Menerusi video di akaun TikTok @mohdhazeri_niatibarahim, dia meluahkan rasa sedih selepas melihat keadaan rumahnya yang habis bersepah.

Rumahnya dipercayai telah dimasuki monyet liar yang mencerobohnya melalui tingkap di bahagian dapur.

Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi kerosakan lain antaranya di bahagian siling ruang tamu, makanan bersepah, barangan yang jatuh dan sampah berterabur di lantai.

“Apa dugaan ya Allah, habis nampak. Nampak habis rumah aku, peti ais pun dapat buka, hancur berderai dia dapat pecahkan cermin belakang,” katanya.

Difahamkan, ini adalah kejadian kedua rumahnya dimasuki monyet liar berkenaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post