
PETALING JAYA: Adun Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai ketua Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang memegang jawatan itu sejak Jun tahun lalu.
Pelantikan itu disahkan Faizal atau lebih dikenali Peja yang memaklumkan keputusan dibuat ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu semalam.
“Saya percaya seluruh bahagian Bersatu di Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama baik, dengan kerjasama yang baik, tentunya, banyak perkara boleh dilakukan serta beroleh kejayaan.
“Apa yang penting, Bersatu dan PN mesti memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa, sentiasa membangkitkan isu rakyat sambil berusaha memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Sementara itu, Hanifah berkata watikah pelantikannya sebagai ketua Bersatu Negeri Sembilan disampaikan Presiden Muhyiddin Yassin…