Mengaku sebagai pencinta haiwan, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha bersetuju dengan kempen yang kini sedang hangat diperkatakan warganet dilaman sosial iaitu ‘Adopt, Dont Shop’ susulan isu beberapa kematian kucing jalanan atau ‘stray cat’ yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini.
Kata Hannah ketika ditemui XTRA, dia menasihatkan agar individu yang baru berjinak-jinak untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan perlu menerima (adopt) haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum membelinya.

Ini kerana, dia menganggap bahawa haiwan peliharaan seperti kucing perlu diurus dengan baik selain komited menjaganya.
“I am animal lover. Saya beli sekali je. Kucing parsi. Lepastu dia beranak pinak and saya adopt lah.
“So, yang baru ni saya terjumpa kitten ni dekat tengah highway. Rupanya bila dah jaga kitten ni (diberi nama Dashy) dia memang nakal. Dia jenis carrycot cat, so dia memang manja sangat dan bijak.
“Saya juga bersetuju semua orang perlu adopt cat. Saya faham ada yang suka kucing cantik, yang mahal dan sebagainya. Jadi bagi saya kalau anda nak boleh saja.
“Dan, kalau mampu untuk jaga kucing itu then have balance. Kalau mampu untuk jaga and you are a first timer saya rasa better anda adopt dulu jangan terus beli.
“Pastikan bila jaga mahkluk Allah ni kena jaga macam anak sendiri sebab kena bagi makan dan sebagainya. Kena komited dan jaga hingga akhir hayatnya. Jangan jaga halfway, sebab mereka pun ada perasaan juga,” ulasnya.
Hannah berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran produk kecantikan Conboo yang berlangsung di The Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hannah berkongsi bahawa dilantik menjadi duta bagi produk kecantikan Conboo selama setahun merupakan pengalaman baharu buat dirinya.
Justeru, dia bersyukur dan berharap kerana ia juga merupakan benda baharu dalam profile kariernya.
Sekadar info, Beau3 Milk merupakan susu kambing kecantikan pertama keluaran Conboo yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
Susu ini didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana dan Chocolate.
Selain Beau3 Milk, Conboo juga turut memperkenalkan produk baharunyaiaitu set haruman, Conboo Scents yang elegan buat golongan lelaki ( Celeste Dór) dan juga wanita (Ambre Royale).