Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Hantar Aleesya Terbang Ke UK Ikuti Kursus Pendek, Foto Engku Emran & Mr E Curi Tumpuan

today15 December 2025

Background

Usahawan Engku Emran menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila anak perempuannya, Engku Aleesya mencipta satu lagi kejayaan apabila menerima tawaran mengikuti kursus pendek di United Kingdom.

Menerusi hantaran dikongsi di Instagram, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin memaklumkan Aleesya menerima tawaran di Oxford susulan pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

“Aleesya ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus pendek di Oxford, UK kerana memperoleh keputusan yang baik dalam IGCSE,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Engku Emran turut memuat naik beberapa foto ketika menghantar Aleesya berlepas ke United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian warganet adalah hubungan harmoni yang ditonjolkan Engku Emran apabila dilihat mesra bersama suami baharu Erra, dikenali sebagai ‘Mr E’ atau nama lengkapnya, Ezwan Zain.

“Kami bertiga menghantarnya di KLIA pagi semalam. Selamat datang ke keluarga ini, Mr E. Saya sangat gembira akhirnya dapat bertemu dengan bapa tiri Aleesya,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@aintmeemrawnoon)

Keakraban itu sekali gus menerima pujian ramai yang melihat ia sebagai contoh kematangan dan hubungan kekeluargaan yang baik demi kebahagiaan anak.

Untuk rekod, Engku Emran dan Erra pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum sah bercerai talak satu pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Written by: Salma


Previous post

Mulai 2026, Platform Media Sosial Dengan 8 Juta Pengguna Akan Automatik Berdaftar Dengan MCMC

Viral

Mulai 2026, Platform Media Sosial Dengan 8 Juta Pengguna Akan Automatik Berdaftar Dengan MCMC

Mulai 1 Januari 2026, semua platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang ada lebih daripada 8 juta pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)). Langkah ini datang daripada Peruntukan Deeming di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membolehkan pendaftaran secara automatik tanpa

today15 December 2025