Hot FM

Hantar penjawat awam bermasalah ke Sabah, Sarawak hanya persepsi, kata menteri



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad berkata, pertukaran pegawai awam itu melibatkan pusingan kerja dan kenaikan pangkat.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad menyangkal dakwaan bahawa wujudnya satu kelaziman mengenai penghantaran kakitangan awam persekutuan yang bermasalah ke Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat dan hanyalah berdasarkan persepsi semata-mata.

“Pada masa ini, pertukaran pegawai awam dilaksanakan atas sebab pusingan kerja dan kenaikan pangkat serta mengambil kira Dasar Perpaduan Negara dalam melahirkan Keluarga Malaysia yang berteraskan pengukuhan perpaduan kaum dan integrasi nasional,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang mempersoalkan justifikasi tindakan kerajaan yang dikatakan secara lazimnya menghantar kakitangan awam persekutuan yang bermasalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version