

Keadaan jerebu di Sarawak bertambah baik dengan hanya dua kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9.30 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, Kuching dan Sri Aman masing-masing mencatatkan IPU 229 dan 216 pagi ini.
Sepuluh lagi kawasan di Sarawak, termasuk Serian yang diisytiharkan darurat pada Jumaat lalu, antara 35 kawasan di seluruh negara yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU di Samalaju ialah 200, Bintulu (199), Mukah (196), Samarahan (193), Sarikei (189), Institut Latihan Perindustrian Miri (183), Serian (183), Sibu (181), Miri (176) dan Limbang (161).
Sebanyak 23 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana dan kualiti udara di lapan lagi kawasan mencapai tahap baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan…