Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya 28% CCTV di sekolah berfungsi, kata Fadhlina

today9 January 2026

Background


cctv
Fadhlina Sidek berkata KPM sedang menambah 300 unit CCTV di sekolah terpilih di seluruh negara. (Gambar Envato Elements)
PUTRAJAYA:

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengakui hanya 28% kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah seluruh negara berfungsi dan menegaskan isu keselamatan perlu dipandang serius semua pihak.

Beliau berkata, tahap yang rendah itu menjejaskan keyakinan ibu bapa dan masyarakat, sekali gus menuntut tindakan segera kementerian serta pihak pengurusan sekolah.

“Kita tidak boleh biarkan hanya 28% sahaja berfungsi. Itu adalah tanggungjawab kita untuk selesaikan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sedang menambah 300 unit CCTV di sekolah terpilih di seluruh negara, selain memastikan sistem penyelenggaraan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Beliau juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua sekolah memastikan CCTV…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post

Sukan

Nur Alyssa calon tonggak trek negara

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Presiden 1, memberi gambaran jelas masa depan cerah Nur Alyssa Mohd Farid sebagai antara tonggak utama berbasikal trek wanita negara.

today9 January 2026