Site icon Hot FM

Hanya 50% majikan patuhi standard penginapan pekerja


Majikan perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal pekerja mereka.

KULIM: Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446), kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Mohd Asri Abd Wahab.

Justeru, beliau berkata majikan selebihnya perlu meningkatkan kebajikan pekerja meliputi aspek antaranya kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal pekerja mereka.

“Saya harap majikan dapat tampil bertemu dengan JTKSM bagi mendapatkan nasihat untuk memastikan penginapan yang mereka sediakan kepada pekerja menepati syarat termaktub di bawah akta,” katanya kepada pemberita selepas Op Walit di beberapa buah premis di Taman Tiram hari ini.

Dalam operasi itu, sebanyak lapan blok rumah kedai yang dijadikan asrama untuk pekerja tempatan dan warga asing membabitkan pelbagai sektor pekerjaan, telah diperiksa.

“Operasi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version