Hot FM

Hanya 6 bahagian Umno mahu pemilihan parti sebelum PRU15, kata Zahid



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata suara majoriti perlu didengar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hanya enam daripada 190 bahagian Umno memilih untuk mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya negeri ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan laporan dihantar Umno bahagian kepada ibu pejabat parti, di Kuala Lumpur.

“Kita kena rasional dan melihat kepada permintaan majoriti di akar umbi.

“Suara majoriti perlu dituruti atau kita menjadi parti yang lemah,” katanya dalam temubual bersama NRChannel TV, yang disiarkan di YouTube, secara langsung, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan berhubung sama ada pemilihan parti akan diadakan sebelum PRU15.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata pendaftar pertubuhan (ROS) memberi Umno sehingga 29 Dis, tahun ini, untuk mengadakan pemilihan parti.

Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, pada 16…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version