
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata parti itu konsisten menuntut pilihan raya diadakan kerana menghormati mandat rakyat, juga mahukan sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan mandat, dan bukannya melalui percaturan politik.
“Sehubungan itu, kembali kepada rakyat merupakan jawapan bagi memastikan Barisan Nasional, memperolehi mandat baharu dan mutlak daripada rakyat, dan dengan mandat itu insya-Allah, kita akan mengembalikan semula kestabilan dan kemakmuran seperti yang pernah dikecapi sebelum ini,” katanya lapor Bernama.
Beliau berkata demikian pada majlis taklimat khas Presiden Umno yang dihadiri ribuan pemimpin dan ahli parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini, dan ucapan beliau turut diikuti hadirin di dua lagi…