
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, berkata bekas Adun Pakatan Harapan yang telah memulangkan keseluruhan peruntukan hanyalah Aminuddin Harun, setakat ini.
Beliau berkata berdasarkan semakan di Pejabat Menteri Besar, terdapat Adun PH terdahulu sudah membuat pemulangan sejak 30 Jun lalu tetapi bukan dalam kadar penuh.
“Rekod menunjukkan setakat ini, hanya bekas menteri besar Aminuddin sahaja yang telah memulangkan keseluruhan peruntukan yang diterima.
“Memang ada yang sudah pulangkan tetapi mungkin tidak sepenuhnya seperti mana yang disalurkan. Mungkin mereka sudah gunakan untuk bantuan kepada rakyat dan sebagainya,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ismail dipetik Bernama sebagai berkata Adun yang tidak bayar sepenuhnya perlu memberikan penjelasan dan rekod perbelanjaan.
Semalam, Ismail berkata 17 Adun PH dan dua…