Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya benarkan farmasi, pusat berhenti merokok jual vape, pakar gesa pihak berkuasa

today20 February 2025

Background


vape
Dr Anita Suleiman kata pihak berkuasa perlu had akses kepada perisa jika mahu kawal penggunaan vape.

PETALING JAYA: Pakar kesihatan menggesa pihak berkuasa hanya membenarkan vape dijual di farmasi dan pusat berhenti merokok berlesen, agar alat itu hanya boleh diperolehi oleh individu yang ingin berhenti merokok dan bukan untuk rekreasi.

Gesaan ini antara cadangan bekas pengarah kawalan penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Anita Suleiman, sekiranya pihak berkuasa mahu memanfaatkan vape dalam strategi pengurangan mudarat tembakau.

Beliau menjelaskan kawalan sebegitu akan membolehkan pemantauan khusus oleh pihak berkuasa, bersekali dengan bimbingan pakar kesihatan.

“Doktor dan ahli farmasi boleh memberi panduan kepada perokok tegar tentang cara menggunakan vape secara terkawal,” kata presiden Harm Reduction Action Network ini kepada FMT.

Anita turut mencadangkan pihak berkuasa menetapkan had nikotin dalam cecair vape untuk mengelakkan ketagihan lebih teruk, mengambil contoh langkah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post