
Dua calon PRN Sarawak bulan depan akan berentap semula selepas hanya berbeza 23 undi dalam saingan enam penjuru pada pilihan raya 2021.
Kali ini, Johnny Pang daripada Gabungan Parti Sarawak akan berdepan calon Pakatan Harapan, Tony Chiew, dalam pertembungan satu lawan satu di Tanjong Batu.
Pada 2021, Pang meraih 4,092 undi untuk menewaskan Chiew dengan majoriti tipis dalam pertandingan enam penjuru. Kemenangan Pang daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menamatkan dominasi DAP selama kira-kira 20 tahun di kerusi itu, lapor Dayak Daily.
Tanjong Batu diwujudkan daripada kawasan Kidurong menerusi persempadanan semula pada 2015. Chiew daripada DAP merupakan Adun Kidurong selama tiga penggal sejak 2001.
Pang, seorang ahli perniagaan yang menceburi bidang politik, menjadi pengerusi SUPP cawangan Bintulu pada Ogos 2014 dan dinamakan sebagai calon bagi…