
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Wanita PKR mempertahankan gerak kerja barisan kepimpinan sedia ada susulan dakwaan sayap itu semakin lesu selepas diterajui Fadhlina Sidek.
Timbalan Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli, berkata isu sayap itu lesu tidak timbul kerana setiap individu mempunyai corak kepimpinan berbeza dan tidak adil membandingkannya dengan kepimpinan terdahulu.
Di bawah kepimpinan semasa, katanya, pelbagai aktiviti dan program diadakan, termasuk di peringkat akar umbi selaras PKR sebagai parti pemerintah.
“Tidak timbul soal Wanita PKR lesu, sebaliknya corak kepimpinan saja berbeza.
“Setiap pemimpin ada cara kepimpinan masing-masing, di bawah kepimpinan hari ini, aktivisme parti tetap berjalan dengan pelbagai aktiviti, namun mungkin tidak sama ‘vibes’ dan rentaknya seperti kepimpinan terdahulu.
“Persepsi (wanita lesu) tersebut timbul kerana membandingkan…