Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya fokus cari ‘musuh politik’, Muhyiddin bidas Anwar

today17 August 2023

Background


Muhyiddin Yassin berkata Anwar Ibrahim lebih mengutamakan untuk mencari musuh, bukan bantu rakyat.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih memberi keutamaan dalam “misi mencari musuh politik” berbanding menumpukan isu rakyat.

“Dari awal lagi sebagai seorang perdana menteri, perhatian utama yang harus diberikan adalah kebajikan rakyat,soal pembelaan nasib serta meringankan beban rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya.

“Tetapi rupanya bukan itu yang menjadi keutamaan. Keutamaannya ialah mengenal pasti siapa musuh politiknya. Walaupun kita tak pernah bermusuh, dia (Anwar) mengambil sifat untuk mencari siapa musuh.

“Kalau dia kata yang musuh itu saya, mencari jalan bagaimana caranya untuk ‘membunuh’ musuh ataupun parti-parti yang berkaitan dengan musuh,“katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post