
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan “clickbait” berhubung cadangannya memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam tanpa mengambil konteks penuh.
Menurutnya, beliau dengan spesifik dan jelas mengatakan cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini.
“Ini sekali gus mengelirukan pembaca. Saya kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan ‘clickbait’ tanpa mengambil konteks penuh tentang cadangan saya.
“Ikuti ulasan penuh tentang isu ini dalam Episod 53 #KeluarSekejap di YouTube,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau di Facebook.
Khairy dilapor mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan “bagi membantu mengimbangi fiskal negara” ketika mengulas cadangan menggantikan pencen bagi Ahli Parlimen dengan caruman…
