
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kenyataan Presiden Hadi Awang supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” hanya peringatan dan tidak merujuk kepada sesiapa.
Ketika ditanya adakah Hadi mengeluarkan kenyataan itu kerana sudah “menghidu” tindakan berkenaan beliau hanya menjawab tiada.
“Tiada (ahli tebuk kapal). Hanya peringatan,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ketua Pemuda, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata ia adalah nasihat biasa untuk ahli PAS yang diulang acap kali sejak dahulu hingga sekarang dalam majlis parti.
“Sebagai peringatan daripada seorang ketua kepada ahli,” kata Ahli Parlimen Alor Setar ketika dihubungi.
Terdahulu, Hadi ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam mengingatkan ahli parti tidak menjadi “penebuk…