Hot FM

Hanya pihak ada salah laku cuba jatuhkan kerajaan, kata Anwar



Anwar Ibrahim berkata sebarang usaha membeli mana-mana Ahli Parlimen kerajaan tidak akan mengubah kedudukan kerajaan semasa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata beliau percaya sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan diketuainya dilakukan pihak yang takut salah laku mereka terdedah.

Perdana menteri berkata, pentadbirannya tidak akan menekan mana-mana pihak jika mereka tidak terlibat dengan rasuah, kezaliman dan pemerasan terhadap rakyat.

“Saya tidak akan dianggap berjaya kalau gunakan kuasa untuk menekan musuh tanpa fakta dan data dan bukti yang nyata,” katanya ketika ditemubual dalam program naratif khas bersama perdana menteri.

Anwar berkata, beliau memahami apa erti kezaliman disebabkan pengalaman lalu dan tidak gusar kestabilan kerajaan pimpinannya yang didukung 148 Ahli Parlimen.

Katanya, berbanding majoriti dimiliki kerajaan terdahulu yang tipis, sebarang usaha  membeli mana-mana Ahli Parlimen kerajaan tidak akan mengubah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version