Sahabudin Nor berkata banglo itu dibina menggunakan wang simpanan hasil titik peluh bekerja sebagai penyelam dasar laut.

PETALING JAYA: Abang kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menjelaskan bahawa banglo miliknya di Sik dibina beliau menggunakan wangnya sendiri dengan kos kira-kira RM1 juta.
Sahabudin berkata nilai kediaman itu bukannya RM7.8 juta seperti yang didakwa baru-baru ini.
Banglo enam bilik itu dibina di atas tanah pusaka yang diwarisi isterinya dan kerja-kerja pembinaan bermula Februari tahun lalu. Anggaran awal pembinaan rumah itu hanya kira-kira RM800,000 dan jumlah keseluruhan mencecah lebih kurang RM1 juta.
“Saya bina rumah ini menggunakan wang simpanan hasil titik peluh ketika bekerja sebagai penyelam dasar laut di luar negara selama 27 tahun selepas berhenti berkhidmat di tentera laut.
“Kalau harganya RM7.8 juta, baik saya jual saja rumah…