Persatuan pemaju hartanah dan perumahan berkata dasar itu meningkatkan lagi kos rumah harga biasa.

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menggesa kerajaan untuk menghapuskan dasar yang menghendaki pemaju memastikan sehingga 30% daripada rumah dalam projek kediaman mega adalah mampu milik.
Rehda berkata kerajaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadikan rumah lebih mampu milik untuk semua orang, seperti yang dilaksanakan lebih 50 tahun lalu.
“Ini akan menghapuskan amalan semasa subsidi silang yang meningkatkan kos rumah harga biasa, menjadikannya lebih mahal bagi golongan M40 untuk memiliki rumah,” kata Presiden Rehda, NK Tong dalam satu kenyataan.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pembangunan…
