
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) berharap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan pemberian insentif bertujuan menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) dalam Belanjawan 2024 akan datang.
Menterinya Tengku Zafrul Aziz berkata, Miti menerima cadangan hebat daripada pemain industri dan rakyat untuk Belanjawan 2024, termasuk cadangan berkaitan dengan ekosistem EV.
“Indonesia merupakan satu-satunya negara (Asean) yang telah memperkenalkan subsidi untuk EV bagi motosikal mereka.
“Ini (insentif untuk menggalakkan pembelian EV di Malaysia) merupakan satu cadangan yang baik untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024. Saya yakin perdana menteri (selaku) menteri kewangan akan memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas…
