
KUALA LUMPUR: Sejak sedekad lalu, St Mary’s Agape Mission School di Kuala Lumpur menjadi tempat perlindungan buat lebih 50 kanak-kanak pelarian dari negeri Chin di Myanmar.
Kebanyakannya yang berasal dari keluarga Kristian, melarikan diri dari negara mereka akibat penindasan agama.
Dr Tan Mei Ying, bekas pengamal perubatan yang kini ahli lembaga pengarah dan guru di sekolah terbabit, menjadi teras kejayaan pelajar.
Krismas mempunyai makna istimewa buat Tan, iaitu untuk menyayangi jiran dan golongan kurang bernasib baik.
Dua puluh tahun selepas memperoleh ijazah perubatan dan menetap di United Kingdom, Tan tidak menyangka akan menjadi dermawan sehingga beliau berpindah ke Indonesia bersama keluarganya, di mana…
