
PETALING JAYA: Beberapa pengusaha restoran tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli, berhubung harga makanan kerana ia tidak menggambarkan situasi peniaga secara menyeluruh.
Bella Muhd, yang mengusahakan perniagaan makanan Kelantan dan asam pedas, berkata sejak beberapa hari lalu harga ikan, sayur, dan bahan kering naik mendadak ketika harga ayam turun kepada RM9.20 sekilogram.
“Bagaimana nak kurangkan harga makanan? Ayam turun RM0.20 tapi barangan lain naik harga,” katanya kepada FMT.
Selain harga bahan mentah bukan ayam, Rafizi juga perlu ambil kira keperluan lain seperti gaji minimum untuk pekerja.
“Sekarang ni untuk sektor makanan, jika kami tawarkan RM1,500 tiada pekerja yang mahu…