Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga belian padi di Sabah, Sarawak ditetap RM1,300

today8 February 2024

Background


Mohamad Sabu berkata pada masa ini harga belian padi di Sabah dan Sarawak agak rendah iaitu sekitar RM900 hingga RM1,100. (Gambar Bernama)

SIMANGGANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak mulai 15 Feb depan kepada RM1,300 per tan metrik.

Menteri Mohamad Sabu berkata penetapan itu untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan menyeragamkan harga lantai belian padi di kedua negeri dengan Semenanjung.

“Pada masa ini, harga belian padi di Sabah dan Sarawak agak rendah, iaitu sekitar RM900 hingga RM1,100. Penetapan ini mampu membantu menambah pendapatan pesawah sekali gus menggalakkan pesawah untuk meningkatkan pengeluaran padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sempena lawatan ke Jelapang Padi Batang Lupar di Dewan Nangkai Stumbin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Negeri Sembilan akur kehebatan MU

Seremban: Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) akur kegagalan pasukan wanitanya mempertahankan Piala Sumbangsih Liga Hoki Wanita Malaysia MHL-TNB 2024, selepas tewas kepada Malaysian University (MU), 0-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

today8 February 2024