Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga beras import turun tampung kekurangan akibat banjir

today1 December 2024

Background


Pelbagai jenis aktiviti pertanian yang melibatkan keluasan keseluruhan 4,800 hektar terjejas akibat banjir di Kelantan tahun ini. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Kekurangan bekalan beras akibat industri penanaman padi yang terkesan oleh bencana banjir akan ditampung melalui penurunan harga jualan beras putih import yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kekurangan itu tidak dapat dielakkan kerana penanaman padi merupakan sektor yang paling terjejas akibat banjir, diikuti oleh sektor sayuran, penternakan dan pemeliharaan ikan.

“Jadi, kemungkinan kekurangan beras ini kita akan tampung dengan beras import yang turun harga dan berada pada harga yang baik di pasaran antarabangsa ketika ini.

“Harga import ini boleh naik kepada RM3,200 hingga RM3,300 (per tan metrik) tetapi kini berada pada paras RM2,800,” katanya kepada pemberita selepas menerima taklimat situasi semasa banjir di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

KL City, JDT berentap di suku akhir Piala Malaysia

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City (KL City) FC memastikan slot suku akhir Piala Malaysia milik mereka selepas membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 pada aksi kedua pusingan 16 pasukan Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

today1 December 2024