
Harga petrol RON97 serta RON95 tanpa subsidi masing-masing turun 25 sen dan 15 sen di seluruh negara mulai esok manakala harga diesel di Semenanjung turut turun 85 sen.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter berbanding RM5.10 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM3.87 seliter, turun daripada RM4.02 seliter.
Harga diesel di Semenanjung akan ditetapkan pada RM5.12 seliter, turun daripada RM5.97 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa hingga 29 April.
Sementara itu, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Bagi petrol bersubsidi di bawah sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS), harganya kekal RM2.05 seliter, dan diesel bersubsidi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) juga kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan global secara rapi…