
PETALING JAYA: Persatuan Emas Malaysia menjangkakan harga emas boleh melonjak 15% lagi, melebihi RM500 setiap gram semasa, susulan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan peralihan dalam pasaran global.
Naib Presidennya, Abdul Rasul Abdul Razak, berkata ketidaktentuan harga bermula selepas tarif diumumkan, dengan RM445 segram pada 1 April, turun seketika kepada RM430, sebelum melonjak kepada RM459.
“Semasa minggu pertama tarif, jualan jongkong emas meningkat sebanyak 5%, tetapi harga emas sebenarnya telah mula naik sejak presiden AS Donald Trump mengambil alih jawatan.
“Harga emas sepatutnya meningkat secara beransur-ansur dan tidak melonjak seperti itu. Ini berbahaya dan industri meramalkan bahawa ia akan naik lagi 15% dan melepasi RM500 segram,” katanya kepada FMT.
Pada Jumaat, Reuters melaporkan…