
PUTRAJAYA: Kerajaan menyambung tempoh pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam berkuat kuasa hari ini, dengan harga maksimum ayam serta harga runcit telur ayam dikekalkan.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Mohd Yusof berkata, Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam itu disambung dengan kadar baharu pemberian subsidi kepada telur ayam sebanyak RM0.08 sebiji kepada peladang.
“Ini berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran dan menyebabkan keperluan penyelarasan semula harga telur ayam di peringkat ladang dan borong, untuk membolehkan harga runcit telur ayam dikekalkan tanpa sebarang kenaikan.
“Harga maksimum ayam pula kekal bagi semua peringkat meliputi ladang, borong dan runcit,” katanya dalam kenyataan.
Menerusi Penentuan…